JCI sasar 1,000 kilogram sisa kitar semula sehari - Utusan Malaysia

JCI sasar 1,000 kilogram sisa kitar semula sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 12 Sept. – Junior Chamber International (JCI) ne­geri menyasarkan 1,000 kilogram (kg) sisa kitar semula pada Hari Pembersihan Bumi peringkat negeri yang akan diadakan Sabtu ini.

Presidennya, Lawrence Fah berkata, program pertama kali dilakukan itu akan berlangsung di Pantai Telok Kemang, Port Dickson.

“Kita menyasarkan sebanyak satu tan sisa kitar semula dapat dipungut pada program yang akan bermula pada pukul 9 pagi.

“Orang ramai juga dialu-alukan untuk ‘menyumbang’ sisa kitar semula yang telah diasingkan dari rumah dan diberikan kepada peserta pembersihan pada hari berkenaan,” katanya pada sidang akhbar, di sini .

Lawrence berkata, program yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga kebersihan kawasan sekeliling itu mendapat kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) serta Majlis Perbandaran Port Dickson.

Katanya, program tersebut akan dicatat dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) bagi pungutan sisa kitar semula terbanyak dalam sehari.

“JCI Seremban menyasarkan seramai 100 peserta yang menyertai program berkenaan dan orang ramai juga dipelawa untuk menjadi sukarelawan.

“Mereka yang berminat untuk menjadi peserta boleh meng­hubungi Er Soon Ren di talian 014-6344606 untuk maklumat lanjut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN