Jawi pantau Pertubuhan Who Is Hussain - Utusan Malaysia

Jawi pantau Pertubuhan Who Is Hussain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan membuat pemantauan berterusan terhadap Pertubuhan Who Is Hussain yang dipercayai dikelolakan oleh kumpulan pro-Syiah.

Pengarahnya, Mohd. Ajib Ismail berkata, pemantauan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai melalui laman sosial semalam.

“Berdasarkan keputusan fatwa oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993, adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah bercanggah dengan hukum syarak.

“Jadi penyebaran ajaran lain selain ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada penganut agama Islam di Wilayah Persekutuan adalah dilarang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Ajib berkata, pihaknya memohon pihak yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyebaran fahaman Syiah untuk memberi maklumat kepada Jawi bagi tindakan lanjut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN