KOTA BHARU – Kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai beberapa kementerian bagi memantau sebarang kemungkinan kenaikan harga melampau berikutan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA), Datuk Salahuddin Ayub berkata, ia bagi memastikan kepentingan rakyat untuk mendapatkan barangan dengan harga berpatutan tetap terbela di sebalik pengenalan semula SST. “Tugas MoA memastikan kecukupan bahan dan produk makanan. Apabila ia dipasarkan atau diniagakan ia akan melibatkan beberapa kementerian, bukan MoA sahaja tetapi termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kewangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya