JOHOR BAHRU 24 Sept. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengesan dan menjejaki semula kira-kira 14,000 yang memperoleh lesen terbang. Ketua Pengarahnya, Datuk Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya mempunyai senarai lengkap individu yang terlibat dan memberikan mereka tempoh dua bulan untuk memulangkan semula lesen yang dimiliki. “Setakat ini sudah ada yang bertindak memulangkan semula lesen dan kita juga percaya sebahagian daripada mereka keliru sama ada lesen yang dimiliki…










