KOTA BHARU 3 Sept. – Sebuah jawatankuasa khas gabungan beberapa kementerian akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi mengkaji impak pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap harga barangan keperluan rakyat. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, setakat ini, masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang perkara itu memandangkan SST baru sahaja dilaksanakan. “Dalam menghadapi SST ini kita (Kementerian Pertanian dan Asas Tani) harus buat perbincangan dengan semua…










