Setiap hari ratusan pesakit sama ada lelaki, perempuan, bayi, kanak-kanak, dewasa dan warga emas memenuhi MFH untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Masalah kesihatan seperti demam, batuk dan selesema adalah perkara biasa, namun ramai juga yang mengalami kecederaan seperti patah tangan dan kaki turut mendapatkan rawatan di sini. Terdapat juga kes-kes luar biasa yang dirawat di sini yang boleh menceritakan ‘kesengsaraan’ hidup sebagai pelarian. Contohnya, saya menemui seorang pesakit perempuan Rohingya yang…










