Jaringan Depay julang Belanda - Utusan Malaysia

Jaringan Depay julang Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM – Pe­nye­­rang Belanda, Memphis Depay menjadi wira pasukan tersebut apabila meledak dua gol ketika membantu The Oranje mencatat kemenangan 2-1 ke atas Peru pada aksi persahabatan di Amsterdam Arena awal pagi semalam.

Lebih manis, kemena­ngan itu menjadi hadiah perpisahan paling bermakna buat pemain tengah, Wesley Sneij­der yang beraksi pada perlawanan terakhir bersama pasukan Belanda di pentas antarabangsa.

Sebaik sahaja Depay menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-60, Sneijder dikeluarkan oleh jurulatih, Ronald Koeman diiringi sorakan terima kasih yang bergema di seluruh stadium tersebut.

Sneijder mengakui sebak untuk meninggalkan pentas antarabangsa selepas mela­kukan 134 penampilan bersama Belanda, namun me­ngakui ia merupakan waktu yang tepat baginya berundur.

“Ia sudah berakhir, inilah perlawanan terakhir saya menyarung jersi The Oranje. Walaupun sukar untuk me­lakukan keputusan ini, namun apa yang bermula pasti ada penamatnya,” kata Sneij­der.

Pada perlawanan tersebut, Belanda memulakan perlawanan dengan agak hambar apabila membenarkan pasukan pelawat menguasai permainan sebelum Pedro Aquino menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-13.

Bagaimanapun, Depay menjadi wira Belanda apabila meledak dua gol pada separuh masa kedua bagi memastikan aksi terakhir Sneijder bersama pasukan itu tidak berakhir dengan kekalahan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN