JARANG dilihat muncul dalam mana-mana rancangan atau drama di televisyen, sebenarnya nama Farahdhiya tidak pernah surut daripada berada dalam industri hiburan tanah air. Menurut pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu, dia masih lagi aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan tetapi mengakui lebih banyak terlibat dalam undangan tertutup untuk majlis korporat sesebuah organisasi. Ditemui ketika majlis sidang akhbar Konsert Sayangi Malaysiaku yang bakal berlangsung pada 14 hingga 17 September depan di…










