KUALA LUMPUR – Berbeza berbanding selebriti popular tanah air lain yang menawarkan khidmat ulasan produk di media sosial Instagram, pelakon Janna Nick pula memberikan perkhidmatan menyampaikan ucapan yang dipanggil #WISHSERVICEBYJANNANICK. Dengan mengenakan bayaran sebanyak RM50 bagi sekali ucapan, Janna Nick atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 23, dilihat mula menawarkan perkhidmatan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya sejak semalam. Kesemua pesanan tersebut yang terdiri daripada ucapan selamat ulang tahun kelahiran, pengantin…










