Jangan pandang remeh isu Guan Eng - Tian Chua - Utusan Malaysia

Jangan pandang remeh isu Guan Eng – Tian Chua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Isu pelucutan kes pertuduhan rasuah melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak boleh dipandang remeh sehingga mampu mendatangkan keraguan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Jangan pandang remeh isu Guan Eng - Tian Chua
Tian Chua

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, oleh itu amat penting untuk Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan apakah asas pelepasan tersebut diberikan.

“Saya akan merayu kepada pihak Peguam Negara supaya memberikan penjelasan apakah asas untuk pelepasan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah isu penting yang diberi perhatian oleh rakyat. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana mandat kerajaan PH adalah ketelusan dan tidak harus menyebabkan wujudnya keraguaan yang bakal merumitkan pentadbiran (PH) pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Kuih Bulan Reformasi di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, dekat sini hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan menarik balik kes itu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini