“SAYA bukan tak mahu solat berjemaah dalam Masjidilharam, tapi jaraknya jauh dan cuacanya panas membahang. Tambahan pula ada pandangan, solat di hotel pun pahalanya masih tetap sama seperti solat dalam Masjidilharam, asal sahaja lokasinya di Tanah Suci Mekah.” Itu antara dialog ‘malang’ diucapkan sesetengah jemaah haji yang selesai menunaikan haji. Habis sahaja musim haji, peluang ibadah yang menjanjikan pahala berganda diabaikan seolah-olah Mekah hanya sebuah destinasi pelancongan biasa. Mereka ini…










