MARAHKAN nyamuk kelambu dibakar. Marahkan lawan, hingga hilang pertimbangan akhirnya rakan sendiri yang dijadikan tempat melepaskan kemarahan. Situasi itu tidak seharusnya berlaku kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara am pada masa ini, baik dalam apa juga isu. Usaha UMNO untuk berbaik-baik dengan Pas walaupun mendapat tentangan oleh parti komponen yang lain di dalam BN tidak sepatutnya dibalas dengan jawapan yang pedas dan keras, apatah lagi dalam situasi `Retak…










