KUALA TERENGGANU 27 Sept. – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap kalangan yang cuba mempersoalkan hukuman terhadap seorang ibu tunggal mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri. Hakim Rosdi Harun mengingatkan, beliau tidak teragak-agak untuk melakukan prosiding menghina mahkamah sekiranya ada penulisan yang merendahkan imej institusi itu. Katanya, masyarakat perlu memahami dengan jelas kedaulatan mahkamah syariah negeri ini…










