Jangan gentar beri maklumat berkaitan rasuah - Utusan Malaysia

Jangan gentar beri maklumat berkaitan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat melindungi pemberi maklumat hanya sekiranya mereka mendedahkan maklumat atau diri mereka kepada umum.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pendapat umum mengenai keselamatan mereka tidak akan dijamin selepas menyalurkan maklumat adalah tidak tepat.

“Kita ada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang memberi perlindungan kepada pemberi maklumat daripada sebarang tindakan memudaratkan akibat daripada pendedahan yang telah dibuat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, sekiranya mereka beritahu semua orang merekalah pemberi maklumat tersebut, ataupun bertindak memberikan maklumat yang disalurkan kepada kita itu dalam media sosial serta media massa, hak perlindungan itu akan terlucut serta merta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program temubual #SPRM360 anjuran Radio Bernama di Wisma Bernama di sini hari ini.

Ujar Azam, SPRM tidak pernah mendedahkan ‘whistleblower’ atau pemberi maklumat kepada umum mahupun pihak yang tidak berkaitan, kerana mereka dilindungi Akta 711.

“Tanggapan masyarakat yang takut untuk salur maklumat ini perlu dibetulkan, kalau mereka tidak dedahkan diri mereka dan maklumat yang diberikan, memang menjadi tugas SPRM untuk melindungi mereka,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini