KUALA LUMPUR – UMNO perlu mengamalkan sikap berkecuali dan tidak mencampuri sebarang pergolakan yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) terutamanya melibatkan perebutan jawatan Perdana Menteri antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kepimpinan UMNO juga tidak seharusnya mengambil peduli terhadap pertembungan jawatan Timbalan Presiden PKR antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
“Dalam keadaan landskap politik semasa yang huru-hara akibat tindakan dan polisi kerajaan PH, UMNO perlu mengambil peluang memulihkan kepercayaan rakyat dengan memberi penjelasan terhadap sebarang serangan yang ditujukan kepada parti,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor turut menasihatkan agar semua anggota parti agar tidak terpedaya dengan sebarang propaganda politik PH.
“Ia termasuklah menjadikan kepimpinan UMNO dan kerajaan terdahulu sebagai kambing hitam bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan kegagalan pentadbiran PH.
“Kepimpinan dan akar umbi parti haruslah bersatu demi Melayu,” katanya.











