Jangan bergantung kepada 'Dr. Google' untuk dapatkan maklumat kesihatan - Utusan Malaysia

Jangan bergantung kepada ‘Dr. Google’ untuk dapatkan maklumat kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Masyarakat Malaysia diingatkan supaya tidak terlalu bergantung kepada kandungan dalam talian berkaitan kesihatan atau  ‘Dr. Google’ bagi penjagaan kesihatan dan pilihan perubatan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min.

Mengakui bahawa trend menggunakan google untuk mendapatkan  maklumat kesihatan agak membimbangkan, Chaw Min berkata, enjin pencarian itu boleh mendiagnosis seseorang yang mempunyai simptom minor hinggalah kepada keadaan kesihatan serius yang seringkali menimbulkan ketakutan kepada pesakit.

Katanya, media sosial atau google boleh digunakan untuk mendapatkan pengetahuan atau maklumat am. Ia banyak memberi maklumat tetapi diperbesar-besarkan.

“Sekarang ini, apabila seseorang itu berasa tidak sihat, mereka  segera google untuk mendapatkan maklumat. Apabila anda google untuk mengetahui keadaan kesihatan anda, simptom penyakit akan dipaparkan dan anda terus jadi takut melihat apa yang dibaca.

“Tanpa pemeriksaan sewajarnya, anda memilih untuk mendapatkan rawatan lain. Ini amat membimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Health (amp) Wellness Brand Awards 2018, anjuran Sin Chew Daily dan Life Magazine di sini hari ini.

Diadakan pada 22 Mac 2019, program berkenaan memberi ganjaran kepada jenama kesihatan terbaik atas komitmen mereka dalam menyediakan produk penjagaan kesihatan berkualiti tinggi dan selamat serta perkhidmatan menggunakan penanda aras yang mempunyai kaitan  dengan amalan terbaik global.

Chaw Min turut menasihati masyarakat supaya berjumpa doktor perubatan profesional untuk mendiagnosis keadaan kesihatan mereka kerana maklumat dalam talian bukanlah betul-betul sesuai, “jadi apa yang berkesan kepada seseorang, mungkin tidak berkesan kepada orang lain”. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN