KUALA LUMPUR 22 Sept. – Pengguna dinasihatkan tidak membeli arak tiruan kerana dipercayai mengandungi bahan campuran methanol yang berbahaya kepada kesihatan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan arak tiruan tidak mempunyai label yang jelas pada botol tersebut dan kemungkinan kandungannya tidak mendapat kelulusan pihak kementerian. “Kita dapat mengetahui ada campuran dalam minuman keras itu kerana label yang terdapat pada botol tersebut tidak menunjukkan kandungan sebenar alkohol…










