ARAU 24 Sept. – Akibat tertekan masalah rumah tangga, seorang janda berusia lewat 20-an nekad mengambil dadah kononnya bagi menenangkan fikirannya yang sedang kusut. Bagaimanapun, ketenangan wanita tersebut tidak lama apabila dia bersama kekasih serta adik lelakinya ditahan selepas didapati positif syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Padang Nyu di sini malam tadi. Ketiga-tiga mereka adalah sebahagian daripada 10 individu yang ditahan dalam operasi cegah dadah yang dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri antara pukul 8 malam sehingga pukul 5 pagi di sekitar daerah ini. Pengarah AADK negeri,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya