Jambatan runtuh angkara cuai - Utusan Malaysia

Jambatan runtuh angkara cuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Keluarga kepada dua remaja lelaki yang maut akibat jambatan runtuh di Bandar Baharu dekat sini pada Isnin lalu bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana agensi berkaitan kerana didakwa cuai tidak menyelenggara dan memantau jambatan tersebut.

Zuhainun Salim, 54, ibu kepada Allahyarham Mohamad Ha­ziq Ishak, 17, berkata, dia dan suami, Ishak Abdul, 56, sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan berhubung kejadian itu sehingga menyebabkan dia kehilangan anak kelima daripada enam beradik.

“Saudara-mara mencadangkan agar kami mengambil tindakan undang-undang kerana kejadian itu telah meragut dua nyawa termasuk anak kesa­yangan saya. Bagi saya, kejadian itu bukan satu kemalangan tetapi ke­cuaian manusia kerana jambatan tersebut tidak diperiksa atau selenggara,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN