AMPANG – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan meninggalkan negara ini secara haram Mei lalu. Jamal, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa tanpa sebab-sebab yang munasabah telah meninggalkan Malaysia tanpa melalui laluan-laluan yang dibenar dan diwartakan. Kesalahan itu didakwa dilakukan di…










