KUALA LUMPUR 18 Sept. – Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan meninggalkan negara ini tanpa melalui laluan yang sah, Mei lalu. Jamal, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina. Mengikut pertuduhan, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu didakwa tanpa sebab yang munasabah meninggalkan Malaysia tanpa melalui laluan…










