KUALA LUMPUR 6 Sept. – Jaga akhlak, maruah dan disiplin ketika menjalankan tugas di luar negara. Itu merupakan nasihat yang diberikan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu kepada kumpulan pertama Batalion Malaysia (Malbatt) 850-6 yang berlepas bagi menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Lebanon (UNIFIL). Mohamad atau lebih mesra disapa ‘Abang Mat’ pada masa sama meminta supaya setiap anggota terlibat komited dalam penugasan tersebut sekali gus menjulang martabat negara…









