PUTRAJAYA – Jabatan Perikanan (DOF) tidak pernah mengeluarkan lesen laut dalam untuk diberikan, disewa atau dipajak kepada warga asing, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Munir Mohd Nawi. “Lesen yang dikeluarkan oleh DOF adalah kepada pengusaha tempatan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Munir berkata, kenyataan itu dikeluarkan bagi membetulkan laporan media semalam bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memansuhkan sepenuhnya pemberian lesen bot laut dalam kepada nelayan asing…










