Jabatan Peguam Negara turut serta - Utusan Malaysia

Jabatan Peguam Negara turut serta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Jabatan Peguam Negara dijangka terlibat dalam prosiding kes tuntutan yang difailkan oleh Orang Asli suku Temiar di sini terhadap kerajaan negeri Kelantan serta empat pihak lagi berhubung isu sekatan laluan pembalakan.

Bagaimanapun, keputusan itu bakal diketahui secara rasmi dalam masa terdekat.

Peguam yang mewakili masyarakat Orang Asli melalui firma guaman Saha Associates, Saha Deva Arunasalam berkata, Majistret Mohd. Rosly Mohamed Nawi semalam memberi tarikh sementara iaitu pada 22 Oktober ini bagi mendapatkan maklum balas rasmi Jabatan Peguam Negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hari ini (semalam) ditetapkan untuk inkuiri tetapi pihak-pihak terlibat belum memfailkan afidavit berhubung tuntutan itu.

“Kami turut dimaklumkan bahawa pihak peguam negara ingin menjadi ahli (atau parti) di dalam prosiding tersebut namun maklum balas belum diterima,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini