KUALA LUMPUR 4 Sept. – Jabatan Peguam Negara perlu memberi penjelasan berhubung keputusan membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah memandangkan ia melibatkan kepentingan awam. Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, ini kerana kes-kes seumpama itu mungkin wujud pada masa depan. “Kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dirujuk sewaktu permohonan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara untuk membebaskan tanpa melepaskan tertuduh. “Tindakan Jabatan Peguam Negara…










