KUCHING 14 Sept. – Kementerian Pengangkutan memberi jaminan tiada lagi isu kelewatan mendapatkan permit bagi kenderaan perdagangan di Sarawak akan timbul mulai Oktober depan. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, isu yang berbangkit sejak Mei lalu itu, akhirnya dapat diselesaikan setelah pihaknya melantik sementara Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohd Syafiq Anas Abdullah sebagai pemangku Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak. Katanya, sebelum ini, terdapat rungutan daripada pengusaha…










