Isu pengantin tak laku, pengurus Siti Nurhaliza jelas situasi sebenar - Utusan Malaysia

Isu pengantin tak laku, pengurus Siti Nurhaliza jelas situasi sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengurus kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza kecewa dengan tindakan pemilik media sosial yang menyebarkan rakaman video majlis persandingan seorang staf penyanyi itu yang berlangsung baru-baru ini sehingga menimbulkan tanggapan kurang baik terhadap pengantin.

Menurut Rozi Abdul Razak, pengendali akaun media sosial dan laman YouTube hanya mengambil sebahagian daripada video yang dimuat naik di akaun Instagramnya sekali gus membuatkan netizen telah memberikan komen yang sangat negatif terhadap pengantin.

Dalam video itu, pasangan mempelai tersebut, Siti Fairuz Ibrahim dan suaminya, Mohd. Hafiz Moh dilabel dengan bermacam tuduhan seperti pengantin tidak jadi tumpuan, pengantin tidak laku dan pengantin ‘cuak’ gara-gara tetamu yang datang lebih tertumpu kepada Siti berbanding mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah lebih teruk ada yang kata lain kali jangan ajak Siti datang. Anda harus tahu, pengantin menunjukkan reaksi risau kerana walaupun itu adalah majlisnya, namun dia masih berasa tanggungjawab sebagai tuan rumah dan staf kepada Siti. Jadi sudah tentu dia mahu memastikan beliau dapat menjamu selera dengan selesa.

“Tidak timbul soal tidak suka, tidak senang dengan kehadiran Siti kerana anda tidak tahu betapa besar harapan pengantin untuk beliau hadir ke majlis tersebut,” tulisnya di Instagram.

Malah Rozi turut mempertikaikan tindakan tidak wajar pengendali akaun tersebut yang tidak menerangkan status sebenar hubungan pengantin dengan pelantun lagu Comel Pipi Merah itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini