PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) akan membangkitkan isu penamatan kontrak 79 pengusaha kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam Mesyuarat Kabinet hari ini. Menterinya, Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, beliau akan berusaha membawa suara semua pengusaha terlibat kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan mempengerusikan mesyuarat itu. “Saya sudah dengar tentang kontrak perkhidmatan pengusaha kem latihan PLKN ini ditamatkan, jadi esok (hari ini) ada mesyuarat Kabinet, saya…










