SEREMBAN 27 Sept. – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. MOHD. ISA ABDUL Samad Bekas Ahli Parlimen Jempol itu berkata, beliau membuat keputusan tersebut berikutan UMNO tidak meletakkan calon di kawasan berkenaan. “Saya bertanding kerana kerusi itu telah dikosongkan, lagipun saya adalah orang Port Dickson,” katanya ketika dihubungi di sini hari…










