PORT DICKSON 28 Sept. – Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mendedahkan beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya dari UMNO dua hari lalu. Bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang itu berkata, beliau bertindak demikian kerana mahu bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. Katanya, disebabkan UMNO memboikot PRK tersebut beliau tahu bahawa terdapat kemungkinan akan dipecat dan dilucutkan keahliannya jika bertanding. “Apabila saya telah serahkan…










