SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad antara mereka yang menghantar borang penamaan calon bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson. Beliau dilihat tiba di pekarangan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini bersama barisan penyokongnya kira-kira pukul 9 pagi ini. Mohd. Isa yang juga Bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang (kini Port Dickson) pada Khamis lalu mengumumkan bertanding…










