SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad semalam mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober depan. Bekas Ahli Parlimen Jempol dan menteri kabinet itu berkata, beliau akan bertanding sebagai calon Bebas selepas partinya, UMNO, membuat keputusan untuk tidak meletakkan calon di kawasan berkenaan. “Saya bertanding kerana kerusi itu telah dikosongkan dan saya adalah orang Port Dickson,” katanya ketika…










