Iran desak PBB kecam Israel - Utusan Malaysia

Iran desak PBB kecam Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Iran me­minta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk ancaman Israel terhadap Tehran serta pemilikan program senjata nuklear, lapor media negara itu semalam.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menggunakan lawatan ke reaktor atom rahsia Israel pada akhir Ogos lalu untuk memberi ama­ran kepada musuh-musuh negara itu.

Beliau berkata, Israel mempunyai pelbagai cara untuk memusnahkan musuh yang dianggap memberi rujukan tersirat terhadap gudang senjata nuklear milik mereka.

“Anggota PBB tidak boleh menutup mata terhadap ancaman-ancaman ini dan mesti mengambil tindakan tegas bagi menghapuskan semua gudang senjata nuklear Is­rael,” agensi berita Fars memetik Duta Besar Iran ke PBB, Gholamali Khoshrou sebagai berkata dalam surat kepada Setiausaha Agung PBB dan Majlis Keselamatan.

Khoshrou juga meminta PBB memaksa Israel me­nyertai Persidangan Kajian Semula Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dan membawa program nuklearnya di bawah pengawasan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang merupakan sebuah badan pemerhati atom PBB.

Israel yang tidak tergolong dalam NPT, tidak mengesahkan atau menafikan mempunyai bom nuklear, satu dasar yang dianggap ‘tidak jelas’.

Israel sedang cuba melobi kuasa besar dunia untuk mengikut jejak langkah Amerika Syarikat keluar daripada perjanjian pada tahun 2015 antara kuasa Barat dengan Iran yang menutup keupayaan nuklear negara Republik Islam itu sebagai balasan bagi membatalkan sekatan ekonomi. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN