LONDON – Iran meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk ancaman Israel terhadap Tehran serta pemilikan program senjata nuklear, lapor media negara itu semalam. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menggunakan lawatan ke reaktor atom rahsia Israel pada akhir Ogos lalu untuk memberi amaran kepada musuh-musuh negara itu. Beliau berkata, Israel mempunyai pelbagai cara untuk memusnahkan musuh yang dianggap memberi rujukan tersirat terhadap gudang senjata nuklear milik mereka. “Anggota PBB tidak boleh menutup mata terhadap ancaman-ancaman ini dan mesti mengambil tindakan tegas bagi menghapuskan semua gudang senjata nuklear Israel,” agensi berita Fars…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya