Iran berjanji akan balas dendam - Utusan Malaysia

Iran berjanji akan balas dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN – Presiden Iran, Hassan Rouhani semalam menyalahkan kumpulan pemisah Arab berhubung sera­ngan terhadap sebuah perarakan tentera pada hari sebelumnya yang mengakibatkan 29 orang terbunuh.

“Adalah jelas kepada kami siapa yang melakukan perbuatan ini, kumpulan mana yang melakukannya dan dengan siapa mereka dikaitkan,” kata Hassan dalam ucapan yang disiarkan televisyen Iran sejurus sebelum beliau berlepas dari Teheran bagi menghadiri Per­himpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

“Mereka yang menyebabkan ma­lapetaka ini merupakan tentera upahan Saddam ketika beliau masih hidup, sebelum bertukar tuan,” katanya, merujuk kepada bekas diktator Iraq, Saddam Hussein.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Salah sebuah negara di selatan Teluk Parsi memenuhi keperluan kewangan, persenjataan dan politik mereka. Semua negara upahan kecil yang kita lihat di rantau ini adalah disokong oleh Amerika Syarikat (AS). AS yang mengha­sut mereka,” tambah Hassan.

Seramai empat militan menye­rang perarakan yang berlang­sung di ibu negeri Wilayah Khu­zestan, Ahvaz kelmarin bagi mem­pe­ri­ngati tamatnya perang Iran-Iraq pada tahun 1998.

Beberapa pegawai dan saksi berkata, lelaki-lelaki bersenjata memakai seragam tentera Iran menghujani tembakan ke arah orang awam dengan menggunakan senjata api yang disembunyikan di sebuah taman berhampiran.

Kumpulan militan Daesh me­ngaku bertanggungjawab melaku­kan serangan itu.

Bagaimanapun, pegawai-pegawai Iran menganggap pergerakan pemisah Arab, Barisan Demokratik Popular Ahwazi (ADPF) atau dikenali sebagai Al-Ahwazi sebagai suspek utama mereka.

Sementara itu, unit tentera elit, Pengawal Revolusi Iran semalam berjanji akan mengambil tindakan balas dendam yang tidak akan dilupakan berhubung sera­ngan itu yang turut membunuh 12 askarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini