TEHERAN – Presiden Iran, Hassan Rouhani semalam menyalahkan kumpulan pemisah Arab berhubung serangan terhadap sebuah perarakan tentera pada hari sebelumnya yang mengakibatkan 29 orang terbunuh. “Adalah jelas kepada kami siapa yang melakukan perbuatan ini, kumpulan mana yang melakukannya dan dengan siapa mereka dikaitkan,” kata Hassan dalam ucapan yang disiarkan televisyen Iran sejurus sebelum beliau berlepas dari Teheran bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York. “Mereka yang…










