IPOH 26 Sept. – Kerajaan negeri berhasrat untuk menjadikan Ipoh sebagai bandar sukan dan hab kepada penganjuran pelbagai acara, sekali gus pilihan kepada penggemar sukan lasak dan elektronik atau e-Sport. Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, langkah itu juga bagi memastikan semua kemudahan sukan yang dinaik taraf dan dibina baharu sempena Sukan Malaysia (Sukma) 2018 dapat digunakan sebaik mungkin dan tidak menjadi projek gajah putih. Katanya, melalui pembangunan bandar sukan…










