UNTUK seorang yang mengusung nama besar seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, beliau memiliki hak prerogatif untuk memilih bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai sejajar dengan trek rekod seninya. Suka atau tidak, beliau yang berada dalam kedudukan Gred A sentiasa mencipta magis tersendiri setiap kali muncul dengan buah tangan baharu. Pada masa sama, penghibur yang disokong kerjaya seninya oleh syarikat pengurusan, Siti Nurhaliza Productions (SNP) Sdn. Bhd., menyedari bahawa…










