Indonesia miliki 2,000 bank - Utusan Malaysia

Indonesia miliki 2,000 bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 24 Sept. – Indonesia memiliki hampir 2,000 bank dan mata wang rupiah yang telah menyusut 11 peratus sejak Januari lalu, dua faktor yang pihak berkuasa republik itu harap dapat menarik penggabungan dengan bank asing.

Sektor perbankan Indonesia berada di dalam keadaan lebih baik berbanding semasa krisis kewangan serantau Asia 1997-98, dan telah mempamerkan ketahanan di sebalik nilai rupiah yang lemah tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Indonesia Deposit Insurance Corp. (LPS), Fauzi Ichsan.

“Konsolidasi akan menjadi sesuatu yang bagus dan dengan rupiah lemah, ia akan menjadi lebih murah bagi pelabur glo­bal untuk membeli bank-bank kami,’’ kata Fauzi semasa ditemuramah minggu lalu.

Walaupun selepas beberapa penggabungan baru-baru ini, Indonesia masih mempunyai 115 bank konvensional dan Syariah, dan hampir 1,800 pemin­jam di kawasan pedalaman, memberi khidmat di seluruh kepulauan Indonesia untuk lebih daripada 260 juta penduduknya, menurut data Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewa­ngan negara itu.

Ketika kerajaan semakin terbuka kepada cadangan pengambilalihan asing, bank-bank Je­pun terutamanya telah me­ningkatkan usaha, dengan Mitsubishi UFJ Financial Group Inc. dan Sumitomo Mitsui Financial Group Inc. mengumumkan rancangan untuk menguasai kepentingan bank rakan kongsi tempatan.

Sementara itu, Australia & New Zealand Banking Group Ltd. kembali mencuba menjual kepentingannya di dalam PT Bank Pan Indonesia, menurut sumber yang rapat dengan urus niaga itu minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN