Impian miliki motosikal tercapai - Utusan Malaysia

Impian miliki motosikal tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 25 Sept. – Impian untuk memiliki motosikal sendiri sejak sekian lama tercapai apabila menang hadiah motosikal dalam pertandingan memancing Gegar Joran Merdeka di Pantai Teluk Mahkota, Tanjung Sedili, di sini kelmarin.

Mohd. Riduan Mohd. Rasip, 30, dari Perumahan Tersusun Kampung Tuan Sheh, Tanjung Sedili seakan tidak percaya apabila muncul pemenang hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah kereta motosikal jenis SYM E Bonus 110SR bernilai RM4,300.

Menurut pekerja ladang yang masih bujang itu, dia tidak mampu untuk berkata-kata selepas nombornya diumumkan sebagai pemenang hadiah utama tersebut.

“Saya tidak menyangka memenangi cabutan bertuah ha­diah utama kerana ramai yang menyertai perlumbaan ini. Sejak sekian lana saya ingin memiliki motosikal sendiri,” katanya.

Sementara itu, juara pertan­dingan Gegar Joran Merdeka dimenangi seorang guru, Mohd. Nasharudin Nor, 36, dari Kuala Kangsar, Perak selepas menaikkan ikan pari seberat 2.065kg dan membawa pulang RM20,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN