JUARA remaja dunia 2015, Goh Jin Wei berhasrat untuk menghadiahkan pingat emas Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2018 di Buenos Aires, Argentina bermula 6 hingga 18 Oktober untuk menceriakan kembali kem badminton negara. Tampil buat kali pertama, Jin Wei optimis berupaya untuk melunaskan impian tersebut memandangkan sudah biasa dengan saingan pada kejohanan-kejohanan peringkat senior. Bagaimanapun, Jin Wei menegaskan bahawa dia tidak memandang mudah saingan pemain muda negara lain dan akan melakukan…










