Busana korporat bagi golongan lelaki bekerjaya kebanyakannya kurang mendapat perhatian masyarakat. Ditambah pula dengan rekaan yang terhad untuk segmentasi fesyen tersebut, golongan lelaki sukar menterjemah personaliti yang dimiliki dalam aspek pemakaian. Bagaimanapun, jenama pakaian lelaki, Benua Clothing (Benua) mempunyai cara tersendiri memecah kepompong tersebut. Ia dizahirkan menerusi koleksi busana sedia pakai baharu mereka iaitu B+R seperti yang dipamerkan pada acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 di pusat beli-belah Pavilion Kuala…










