JERANTUT 25 Sept. – Kemunculan sebahagian peserta program Menyusuri Sejarah Perjuangan dan Houl Pahlawan Pahang yang berpakaian seperti pahlawan Melayu mencuri tumpuan orang ramai di Galeri Mat Kilau, Pulau Tawar di sini baru-baru ini. Kadi Daerah, Syarifuddin Mohamad Sa’ad berkata, program sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-61 itu merupakan anjuran bersama beberapa agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Jabatan Agama Islam daerah, Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Warisan Mat…










