NEW YORK, Amerika Syarikat 28 Sept. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata ancaman keganasan dihadapi dunia tidak akan berakhir sehinggalah akar kepada permasalahan itu ditemui dan dihapuskan. Beliau berkata, penyelesaian terhadap krisis itu adalah dengan dunia mengiktiraf Palestin dan pada masa sama menghentikan tindakan Israel daripada mencabuli undang-undang antarabangsa. “Peperangan melawan pengganas pada masa ini tidak akan berakhir sehinggalah akar kepada permasalahan itu ditemui, dihapuskan, dan…











