KUALA LUMPUR 3 Sept. – Selepas hampir setahun tidak lagi bergelar penyampai radio di sebuah stesen radio tempatan, Ikhwan Rosli kini kembali ke dunia lakonan.
Malah, Ikhwan yang dahulunya dikenali dalam sitkom Bong pada tahun 2008 akui teruja bakal memasuki set penggambaran untuk drama berjudul Atas Nama Cinta.
“Syukur Alhamdulillah di saat saya diuji, rezeki saya masih tetap ada dalam industri.
“Hampir setahun jugalah saya tidak mempunyai sebarang kerja tetap dan tawaran dari pihak Suhan Movies untuk membintangi drama sebanyak 60 episod.
“Saya memang meminati bidang lakonan sejak dari kecil lagi. Cuma impian itu terpaksa dihadkan kerana kesibukan di konti.
“Tetapi kini, saya sudah benar-benar bersedia dan menerima apa sahaja watak yang bersesuaian dengan saya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE











