Ikan lumba-lumba terancam mati terdampar di Pantai Puteri - Utusan Malaysia

Ikan lumba-lumba terancam mati terdampar di Pantai Puteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 17 Sept. – Bangkai seekor ikan lumba-lumba spesies terancam seberat 35 kilogram ditemukan terdampar di Pantai Puteri dekat Kampung Tanah Merah Jaya di sini, hari ini.

Bangkai ikan lumba-lumba jenis Porpoise Ambu sepanjang 140 sentimeter itu ditemui kira-kira pukul 4.30 petang oleh nelayan tempatan yang berada di pantai berkenaan.

Saksi yang juga penduduk Pantai Tanah Merah, Azmi Leman, 50, memberitahu, dia bersama seorang lagi nelayan menjumpai bangkai ikan tersebut ketika memancing di pantai.

Menurutnya, semasa ditemukan, ikan tersebut sudah pun mati terdampar namun tiada sebarang kesan kecederaan pada badannya.

“Saya kemudian memberitahu rakan-rakan nelayan lain sebelum memaklumkan penemuan ikan itu kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini petang tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN