SEBUT sahaja nama ikan bilis pasti pelbagai maksud berlegar dalam minda. Konotasinya berbeza mengikut genre penggunaannya sama ada istilah dalam dunia korporat atau maksud sebenarnya sebagai bahan utama dalam juadah sarapan termasyhur di Malaysia iaitu nasi lemak. Walau apapun yang tergambar dalam layar pemikiran, namun bagi Mohd. Razali Talib, 43, yang berasal dari Kampung Baru Kuala Lumpur, ikan bilis adalah penyambung talian hayat rezekinya sekeluarga. Dikurniakan lima cahaya mata dan…










