Ibu maut, anak tidak sedarkan diri dalam bilik hotel - Utusan Malaysia

Ibu maut, anak tidak sedarkan diri dalam bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 25 Sept. – Seorang jurujual wanita dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di Jalan Macalister di sini, kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Turut bersama mangsa ketika kejadian ialah anak lelakinya yang juga ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, kanak-kanak berusia 10 tahun itu didapati masih bernafas sebelum segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, dua beranak itu sepatutnya mendaftar keluar dari hotel tersebut tengah hari tadi, namun, gagal berbuat demikian sehingga pukul 2 petang.

Sehubungan itu katanya, pihak pengurusan hotel terpaksa ke bilik mangsa sebelum mendapati kedua-dua beranak itu tidak sedarkan diri selepas pintu bilik dipecahkan kerana tidak mendapat sebarang maklum balas.

“Siasatan awal polis mendapati, tiada kesan cedera dijumpai pada si mati atau anak lelakinya itu.

“Bagaimanapun, daripada kesan arang yang djumpai dalam bilik itu, kemungkinan mangsa dikatakan telah membakar sejenis dadah dan ‘overdose’ (menggunakannya secara berlebihan),” katanya di sini, hari ini.

Menurut Che Zaimani, punca sebenar kejadian bagaimanapun hanya akan ditentukan selepas proses kimia serta bedah siasat selesai dijalankan.

Buat masa ini katanya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini