Ibu maut, anak kritikal dalam bilik hotel - Utusan Malaysia

Ibu maut, anak kritikal dalam bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang wanita ditemui mati manakala anak lelakinya berusia 10 tahun dalam keadaan kritikal dipercayai akibat dadah di sebuah hotel, di Jalan Macalister, di sini hari ini.

Lim Bee Tin, 28, dan anak lelakinya Ong Chee Khai, 10, ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik pada pukul 3.30 petang apabila seorang pekerja hotel memecahkan pintu bilik yang dihuni wanita itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, berdasarkan keterangan pihak hotel, wanita yang berasal dari Ayer Itam, di sini dan anaknya itu mendaftar masuk pada pukul 11 pagi semalam dan sepatutnya keluar pada pukul 12 tengah hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun sehingga pukul 2 petang wanita yang bekerja sebagai jurujual itu tidak mendaftar keluar menyebabkan pekerja hotel memanggil wanita itu dibiliknya namun tiada jawapan.

“Apabila tiada jawapan, pekerja hotel memecahkan pintu bilik dan mendapati dua beranak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil. Tiada sebarang kesan kecederaan,” katanya di sini.

Che Zaimani berkata pihak hotel menghubungi ambulans dan pasukan perubatan mendapati wanita itu telah mati manakala anaknya masih hidup namun dalam keadaan kritikal. Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang. 

Beliau berkata hasil pemeriksaan dalam bilik hotel itu menemui sisa kayu arang yang dipercayai dibakar dengan sejenis dadah oleh wanita itu dan bilik itu berbau asap.

“Dari kesan arang yang dijumpai, kemungkinan mangsa membakar sejenis dadah dan terlebih dos… walaubagaimanapun ia akan tentukan melalui ujian kimia dan bedah siasat,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini