Ibu Ellie Suriaty meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ibu Ellie Suriaty meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Ibu kepada pelakon dan pengarah tersohor, Ellie Suriaty Omar iaitu Noriah Mat Akhir meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya, Selangor awal pagi tadi.

Berita tersebut disahkan oleh suaminya, pelakon Azry Iskandar yang memberitahu ibu mertuanya sudah tiada.

“Ibu mertua saya, ibu kepada Ellie baru sahaja meninggal dunia pagi tadi,” tulis mesej ringkas yang diberikan kepada teman media oleh Azry. 

Sementara itu, Ellie menerusi muat naik video bersama arwah yang sedang nazak di laman Instagram menitip doa buat insan yang disifatkan tunjang dalam hidupnya selama ini.

“Perginya seorang pejuang yang paling kuat pernah saya kenali dalam hidup. Saya akan kuat seperti mak juga.

“Ya Allah, izinkanlah ibuku bertemu arwah bapa di syurga,”tulis pengarah filem Penanggal itu lagi.

Sejak akhir tahun lalu, Allahyarham yang juga penghidap kencing manis lumpuh separuh badan setelah diserang strok dan hilang upaya untuk makan, bercakap dan berjalan. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN